Analisis Kepada Filem The God Must Be Crazy

Pada entri kali ini, saya ingi berkongsikan serba sedikit analisis yang dapat saya buat pada salah satu filem kegemaran saya iaitu The God Must Be Crazy. Filem ini telah banyak memberi pengajaran kepada saya walaupun filem tersebut bergenre kelakar. Manusia merupakan suatu makhluk yang mempunyai akal dan budi. Seorang ilmuan, Foster menyebut Aristotle telah membuat tanggapan bahawa manusia sebagai objek yang selalu bertindak untuk mencari kebahagiaan. Ini bermakna manusia sentiasa berusaha mencari sesuatu yang boleh memenuhi keperluan mereka dan dalam konteks perbincangan ini, penyelidik menganggap bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk terus berusaha mengatasi halangan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam konteks geografi, manusia selalu dirujuk sebagai manusia geografi (Human Geography). Boehm menyebut bahawa manusia geografi merupakan manusia yang menumpukan aspek-aspek persekitaran, kebudayaan, aktiviti ekonomi dan hubungan sosial kelompok manusia. Ballard (1998) menyatakan...