ABADI 18; Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspiration 2018
Pada 22 April 2018 yang lalu, sebuah program
yang diberi nama Aminuddin Baki’s Annual Dinner of Inspiration 2018 (ABADI 18)
telah diadakan di Dewan Tun Abdullah Muhammad Salleh. Tujuan program tersebut
adalah untuk menghargai jasa pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan Kolej
Aminuddin Baki. Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar.
Sebelum
bermulanya program tersebut, kami daripada jawatankuasa pemasaran Abadi telah
menggerakkan aktiviti bertujuan untuk mengumpul dana iaitu antaranya ialah
penjualan roti bakar, cucuk-cucuk, air dan sebagainya. Kami juga telah
mendapatkan beberapa penajaan untuk program ini.
Selain
daripada pos atau jawatankuasa yang ada dalam program ini adalah Pos Program,
Protokol, Publisiti, Cenderamata, Teknikal, Multimedia, Logistik, Jamuan,
Keselamatan, Pemasaran, dan Persembahan. Antara gerak kerja yang berlangsung
sepanjang persediaan program adalah perkampungan yang telah dijalankan sebanyak
2 kali. Tujuan perkampungan ini dijalankan adalah untuk membincangkan cara-cara
untuk pencarian dana, susunan perjalanan program, dan juga menyiapkan kertas
kerja dan kerja berkaitan program.
Selain
daripada mencari dana, pos kami juga bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan sepanjang program ABADI 18 itu berlangsung. Antara langkah
keselamatan yang diambil adalah bekerjasama dengan Wisma Aman iaitu sebuah
badan keselamatan UKM. Wisma Aman sebagai rakan keselamatan telah menjaga
laluan dan tempat letak kenderaan bagi melancarkan perjalanan para-para tetamu.
Kami
juga bertanggungjawab untuk menjaga kawasan sekitar dalam dan luar DTAMS. Pintu
masuk dan keluar terutamanya sekali, beberapa ahli pos kami telah menjaga
pintu-pintu tersebut termasuk saya sendiri. Perjalanan masuk dan keluar
daripada para tetamu dan VVIP berjalan dengan lancar sekali dan kami juga telah
mendapat pujian daripada pengurus dan penasihat program.
Sebagai ahli jawatankuasa dalam program ini,
saya melihat program berjalan dengan baik dan lancar secara keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, beberapa kelemahan dan kesilapan dapat dikenal pasti.
Antaranya ialah beberapa persembahan yang tidak berlaku seperti mana yang
sepatutnya berlaku, kesilapan pada pihak teknikal, dan juga kedudukan meja VVIP
yang telah diarahkan oleh pengiring VVIP
tidak bersesuaian seperti yang sepatutnya disusun.
Setelah program habis dijalankan, satu “post
mortem” telah diadakan bertujuan mengenal pasti masalah-masalah yang
berlaku seperti yang dinyatakan sebelum ini dan membincangkan cara mengatasi
masalah yang telah berlaku dan menjadikannya pengajaran untuk masa-masa akan
datang.
Saya amat bersyukur kerana menjadi salah
seorang ahli jawatankuasa program ini. Perasaan sangat gembira tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata. Kegembiraan itu lahir dengan semangat kerjasama
yang ada pada kami, ahli-ahli jawatankuasa. Pengalaman yang manis dan
bermanfaat juga telah saya peroleh seperti cara mengendalikan majlis “Mega”
seperti ini walaupun banyak masa yang terpaksa dikorbankan. Walau bagaimanapun,
masa-masa yang dikorbankan amatlah berbaloi.
Kredit harus diberikan kepada semua
ketua-ketua pos keran telah menjalan tugas dengan sebaiknya dan yang paling
penting, kepada pentadbir-pentadbir KAB yang seperti pengetua, Dr. Suzeren,
Timbalan Pengetua, Encik Fairus, Abang Maulana dan ramai lagi.
memperbetulkan apa-apa yang silap. Program ini dilihat sangat bermanfaat kerana telah menjalinkan hubungan yang erat antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pentadbir, dan pentadbir dengan pentadbir juga.
Comments
Post a Comment