UKM
Pada entri ini, saya berminat untuk menceritakan serba sedikit mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu universiti yang sedang saya duduki.
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia. Ianya ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus induknya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor setelah beberapa tahun penubuhan universiti ini. Antara kampus lainnya adalah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah lagi kampus juga di Kuala Lumpur.
Sejarah Penubuhan
Pada tahun 1930-an, cendekiawan dan ahli-ahli politik bangsa Melayu mula mendesak Kerajaan British iaitu kerajaan yang memerintah Tanah Melayu ketika itu untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Pada tahun 1963, seminar bahasa dan sastera telah diadakan. Hasil seminar ini mahukan universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan. Selain bercorak kebansaan, universiti yang bercorak Islam juga turut dibincangkan dalam seminar tersebut. Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. 18 Mei 1970 Universiti Kebangsan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai. Universiti ini adalah berasaskan kepada dua nilai penting iaitu 'Kebangsaan dan Islam.
Comments
Post a Comment