SCAMPER adalah satu strategi dalam bisnes. Perkataan tersebut adalah akronim di mana setiap huruf mewakili satu teknik bagi melakukan satu kreativiti dan melakukan inovasi bagi sesuatu produk.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah sebuah universiti awam yang terdapat di Malaysia. Universiti ini dibina daripada desakan rakyat untuk keperluan pendidikan tinggi orang-orang Melayu ketika itu. Ianya telah dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini. Pada 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan. Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Dalam perbincangan tersebut juga ada disentuh mengenai penubuhan universiti Islam. Hasilnya, sebuah universiti yang berteraskan kebangsaan dan Islam telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 18 Mei 197...
Pada entri ini, saya berminat untuk menceritakan serba sedikit mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu universiti yang sedang saya duduki. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia. Ianya ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus induknya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor setelah beberapa tahun penubuhan universiti ini. Antara kampus lainnya adalah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah lagi kampus juga di Kuala Lumpur. Sejarah Penubuhan Pada tahun 1930-an, cendekiawan dan ahli-ahli politik bangsa Melayu mula mendesak Kerajaan British iaitu kerajaan yang memerintah Tanah Melayu ketika itu untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Pada tahun 1963, seminar bahasa dan sastera telah diadakan. Hasil seminar ini mahukan universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan. Selain bercorak...
Comments
Post a Comment