Pengalaman Manis Dan Pengajaran Membina Satu Bekas Pelindung Telur Yang Kukuh Bersama Rakan







Apa yang telah dipelajari dari ekperimen ini dan kaitan dari segi perniagaan.
Pada 17 Mei 2018, kami para pelajar Keusahawanan Dan Inovasi EPPM3713 Semester 2 Sesi 17/18 telah melakukan satu eksperimen iaitu eksperimen menjatuhkan telur dari satu tempat yang tinggi. Sebelum melakukan eksperimen berkenaan, pensyarah kami, Dr. Rashan telah pun memberi tempoh kepada kami untuk berbincang sesama ahli kumpulan bagi menjayakan tugasan ini.
Daripada eksperimen yang telah dilakukan ini, pelbagai nilai pelajaran dapat diambil. Antara nilai pelajarannya ialah nilai kerjasama. Kami sebagai satu kumpulan perlulah bekerjasama dalam mencipta satu produk yang dapat menghindarkan telur daripada pecah apabila dijatuhkan daripada tempat tinggi. Nilai ini penting bagi menjayakan tugasan dan tujuan yang telah ditetapkan. Begitu juga dalam perniagaan, nilai kerjasama ini merupakan satu nilai yang amat penting dalam menjadikan tujuan dan matlamat perniagaan itu tercapai.
Nilai pelajaran seterusnya adalah menjadikan matlamat satu keutamaan. Dalam eksperimen ini, matlamat atau tujuan yang telah diberi adalah memastikan telur tidak pecah dan mendarat pada kawasan yang telah ditetapkan. Dua matlamat ini perlulah seiring dan dititikberatkan pada kedua-duanya, bukan hanya satu daripada matlamat itu sahaja. Daripada segi perniagaan, matlamat perniagaan perlulah ditetapkan daripada awal penubuhan perniagaan lagi bagi menjamin perniagaan yang berjaya. Semua tindakan perlulah berdasarkan daripada matlamat tersebut.
Nilai pelajaran terakhir yang dapat diambil adalah strategi dan taktik adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan. Untuk menjayakan tugasan eksperimen ini, strategi dan taktik perlulah dirangka daripada awal. Ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk mengeluarkan idea yang bernas. Kami sebagai satu kumpulan telah melakukan satu sesi “brainstorming” bagi mendapatkan satu idea yang bernas untuk menjakan matlamat eksperimen ini. Dalam perniagaan, strategi dan taktik juga merupakan satu elemen yang penting untuk meakukan strategi dan taktik-taktik yang berkesan. 


 Perasaan sebelum produk kumpulan dilepaskan ke bawah dan perasaan selepas produk tersebut jatuh.
Perasan sebelum produk kami dilepaskan adalah amat gementar. Saya sebagai orang yang diberi tugas untuk melepaskan produk menambahkan lagi kegementaran hati saya. Dalam waktu yang sama, perasaan teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan sama ada produk dan perancangan kami selama ini berjaya atau tidak turut dirasakan saya dan juga ahli kumpulan. Walaubagaimanapun, perasan tersebut bertukar menjadi lega setelah produk kami dilepaskan walaupun ianya tidak mendarat ditempat yang ditapkan. Satu daripada matlamat eksperimen ini tidak dapat kami jayakan. Pelajaran dan pengajaran daripadanya akan kami ambil untuk menambah baik segala aspek daripada cara menetapkan matlamat, startegi dan taktik sehinggalah aspek kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, pengajaran yang dapat diambil adalah kepercayaan kepada ahli-ahli kumpulan seperti memberi kepercayaan kepada wakil kumpulan dan juga pengajaran mengenai tanggunjawab yang perlu dipikul oleh wakil kumpulan dimana wakil perlulah melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.     


Comments

Popular posts from this blog

Minat Terhadap Silat Gayung Fatani

Kreativiti Vs Inovasi