1 Minit 2 Win It





Satu program anjuran Citra UKM bertajuk 1 Minit 2 Win It telah diadakan pada 12 April 2018 di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS), UKM. Antara tetamu kehormat yang dijemput untuk memberikan ucapan adalah Adam Brimo iaitu pengasas dan CEO syarikat Open Learning iaitu syarikat online yang menggunakan internet sebagai medium bisnes mereka. Syarikat ini menggunakan konsep Massive Open Online Course (MOOC) dalam bisnes mereke dimana mereka telah membina satu platform pembelajaran secara online kepada pelajar. Syarikat yang berasal daripada Australia ini telah diguna pakai oleh ramai pelajar daripada seluruh dunia malah ada university yang menjadikannya medium pembelajaran yang wajib bagi sesetengah subjek. Selain daripada ucapan daripada Adam Brimo mengenai syarikatnya itu, program ini turut mengadakan satu pertandingan dimana peserta akan diberi masa tertentu untuk membentangkan idea bisnes mereka. Beberapa peserta telah mengambil bahagian yang mewakili fakulti-fakulti yang ada di UKM. Idea pembentangan bisnes yang paling bernas, kreatif, dan relevan akan memenangi pertandingan ini.
     Pada pendapat saya, penyarah terbaik adalah Khadijah daripada Fakulti Pengajian Islam. Khadijah membentangkan idea bisnes berbentuk aplikasi digital. Aplikasi yang ingin dibina adalah pengesan kandungan sesuatu produk makanan itu sama ada halal ataupun tidak. Ini dapat dilakukan dengan hanya mengibas kod QR atau barkod daripada produk yang ingin dikenal pasti status halalnya. Aplikasi digital yang ingin dibina oleh Khadijah ini adalah aplikasi yang percuma dimana sesiapa sahaja pengguna telefon atau computer pintar boleh memuat turun aplikasi tersebut tanpa perlu bayar. Bisnes model atau cara bisnes Khadijah mendapat keuntungan adalah melalui iklan-iklan yang akan dipaprkan pada aplikasi berkenaan. Pada hemat saya, idea bisnes Khadijah ini sangat memenuhi kehendak semasa. Pada masa kini, kita dapat lihat Malaysia merupakan sebuah hub makanan halal terbesar didunia. Permintaan makanan halal juga meningkat dari semasa ke semasa. Dengan mengambil peluang dan kesempatan daripada perkara tersebut, idea bisnes Khadijah dilihat sangat berpotensi untuk dimajukan.

Comments

Popular posts from this blog

Minat Terhadap Silat Gayung Fatani

Kreativiti Vs Inovasi