Kereta Eletrik; Top Kereta Eletrik Paling Laju Di Dunia
5. Aston Martin RapidE
Selepas 2 tahun sebagai kereta konsep, Astn Martin akhirnya mengeluarkan kenyataan untuk membuat RapidE secara komersil. RapidE menggunakan motor eletrik penuh dengan kelajuan mencapai 250km/j. Produksi kereta tersebut dijangka bermula pada 2019 dengan hanya mengeluarkan unit sebanyak 155 sahaja.
Dibangunkan daripada sebuah syarikat permotoran kecil dari Maryland, Amerika, syarikat ini telah berjaya membina sebuah kenderaan eletrik berkuasa penuh. Menggunakan asas badan daripada Corvette jenerasi ke-6, kereta tersebut mampu mencapai kelajuan sehingga 336km/j.
Syarikat brpengkalan di China ini telah membina sebuah kereta eletrik yang dikatakan terpantas didunia apabila dilancarkan secara rasmi kelak. Dengan rangka badan yang sangat dinamik, output kuasa kuda yang dapat dihasilkan bagi kereta ini adalah sekitar 1341bhp. Kereta ini dikatakan telah mencapai kelajuan 312km/j pada sesi ujian dan dikatakan mampu untuk menjadi laju lagi apabila dilancarkan nanti.
Rimac, sebuah syarikat permotoran yang mula dikenali dunia ini telah mengeluarkan satu model, Concept One. Syarikat daripada Croatia ini berjaya menghasilkan kereta berkuasa luar biasa dengan kuasa kuda sehingga 1224bhp dan kelajuan maksimun 355km/j. Kereta ini telah diuji dengan pelbagai kereta "Hypercar" seperti Bugatti Veyron, LaFerrari, McLaren P1 dan sebagainya dan ternyata, Rimac Concept One benar-benar luar biasa.
Walaupun masih lagi dalam berkeadaan konsep, namun Tesla Roadster telah pun menggemparkan dunia dengan kehebatannya. Syarikat gergasi dari Amerika ini sudahpun dikenali dunia. Dengan tenaga kerja mahir yang mereka miliki, mereka telah mengeluarkan Tesla Roadster. Dengan kemampuan jarak perjalanan sejauh 997 km bagi sekali cas, boleh memuatkan penumpang sehingga 4 orang, dan kelajuan maksimum melebihi 400km/j, Tesla Roadster dijangka akan dijual dengan sangat laris apabila dilancarkan kelak.
Comments
Post a Comment