Posts

Showing posts from March, 2018

Idea Inovasi & Kreativiti Saya Kepada Cawan

Image
Menggunakan konsep 3R, Reduce, Reuse, Recycle. Menggunakan bahan penebat haba yang baik. Mempunyai struktur khas dimana air akan hanya keluar jika disedut sahaja. Mengambil daripada Idea Akronim ERIC E liminate R educe I ncrease C reate E liminate . Eliminate atau dalam Bahasa Melayunya , menyingkirkan , bahan-bahan yang mengakibatkan pencemaran . Selain itu , dengan menggunakan bahan penebat haba yang baik , pemegang cawan juga dapat disingkarkan bagi meminimumkan harga dan juga bertepatan dengan konsep moden kini iaitu minimalis dimana barangan nampak kemas , teratur , dan mudah . R educe. Reduce iaitu mengurangkan , kaedah ini dapat digunakan dengan mengurangkan sedikit ketinggian cawan . Hasilnya , cawan akan lebih teguh dan kukuh bagi mengelakkan masalah minuman tumpah dan sebagainya . I ncrease. Satu lagi ciri yang perlu ditambah pada cawan bagi mengukuhkan lagi cawan tersebut adalah dengan in...

Graduate To Entrepreneur; Dreamcatcher

Image
Pada 15 Mac 2018 yang lalu, sebuah wacana ilmiah bertajuk ā€œGraduate To Entrepreneur; Dreamcatcherā€ telah diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program wacna tersebut adalah anjuran daripada Pusat Citra UKM, dibawah subjek Citra Asas Keusahawanan & Inovasi. Dr. Irma Shida Abu Samah adalah tetamu jemputan dalam program tersebut.                 Dr. Irma Shida Abu Samah adalah seorang alumni pelajar UKM yang telah menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Kini beliau merupakan seorang usahawan dan doktor pergigian yang berjaya. Antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah menjadi pengasas kepada sebuah syarikat produk kecantikan dan kosmetik bernama Irma Skincare & Cosmetics. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis sambilan untuk ruangan estetik akhbar Mingguan Malaysia yang menceritakan tentang aspek-aspek kesihatan d...

Kreativiti Vs Inovasi

Image
1)     Apakah berbezaan di antara kreativiti dan inovasi? Ā·         Daripada segi bahasa, kedua-dua terma ini mempunyai maksud dan definisinya yang tersendiri. Mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka atas talian, kreativiti bermaksud kemampuan (kebolehan) mencipta, ataupun juga dipanggil daya kreatif. Dari segi istilah pula, kreativiti adalah kebolehan atau tindakan mengeluarkan sesuatu yang asli dan luar biasa atau lain daripada lain. Ā·         Manakala maksud inovasi dari segi bahasa pula adalah pembaharuan, perubahan atau revolusi. Inovasi diistilahkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Ā·         Secara rumusnya, kreativiti merujuk kepada idea untuk mencipta sesuatu yang baru manakala inovasi merujuk kepada implementasi kepada sesuatu benda yang baharu tersebut. Disini dapat dilihat dua elemen ...

Hobi Di Waktu Lapang

Image
Hobi adalah sesuatu perkara difikir menyenangkan yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran. Tujuannya adalah memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain, menonton dan sebagainya. Ada sebahagian hobi yang tidak mengeluarkan belanja dan ada juga yang mengeluarkan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem tidak mengeluarkan belanja jika sekadar mengumpul setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila si pengumpul malas atau jemu untuk mendapatkan setem-setem terpakai dan mula membeli setem-setem yang baru. Selain Setem, memancing juga adalah satu hobi yang digemari ramai. Memancing memerlukan belanja dan ianya juga menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alatan memancing seperti joran dan umpan, bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya  adalah ikan atau hadiah pertandingan memancing jika pemancing memasuki pertandi...

Pengalaman Menyertai Dan Mengendalikan Gerai Makanan Pada Minggu Keusahawanan Kolej

Image
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pelangalaman saya menyertai dan mengendalikan gerai makanan pada minggu keusahawanan kolej saya iaitu Kolej Aminuddin Baki, UKM. Walaupun sudah agak lama, namun nilai-nilai kebaikan masih lagi dapat diingati oleh saya hingga hari ini. Pada semester lepas bertarikh 23 hingga 26 Oktober 2017, saya telah menyertai minggu keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak kolej dengan membuka gerai makanan kecil-kecilan pada program tersebut. Kami yang teridiri daripada ahli-ahli biro kerohanian kolej membuka jualan makanan yang terdiri daripada kuih-muih dan juga air. Pengalaman membuka dan mengendalikan gerai makanan telah mengajar saya bagaimana untuk membuka gerai jualan dan mengendalikannya. Antara nilai yang penting dalam bisnes kecil-kecilan ini adaah kerjasama. Kerjasama adalah penting bagi memastikan jualan berjalan dengan baik dan teratur selain mengelakkan perselisihan antara sesama rakan jualan tidak berlaku. Selain itu ...

Kereta Idaman Ku

Image
1. Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio Kapasiti Enjin: 2.9 Liter Kuasa Kuda: 505 hp Transmisi: 8 kelajuan automatik Pacuan Roda: Pacuan roda belakang Jenis Kenderaan: Sedan 2. Mercedes Benz AMG A45 Kapasiti Enjin: 2.0 Liter Kuasa Kuda: 381 hp Transmisi: 7 kelajuan DCT automatik Pacuan Roda: Pacuan 4 roda Jenis Kenderaan: Hatchback 3. Audi RS3 Kapasiti Enjin: 2.5 Liter Kuasa Kuda: 400 hp Transmisi: 7 kelajuan S Tronic Dual Clutch Pacuan Roda: Pacuan 4 roda Jenis Kenderaan: Hatchback 4. Peugeot 308 Gti Kapasiti Enjin: 1.6 Liter Kuasa Kuda: 270 hp Transmisi: 6 kelajuan manual Pacuan Roda: Pacuan roda hadapan Jenis Kenderaan: Hatchback 5. Renault Megane RS Kapasiti Enjin: 1.8 Liter Kuasa Kuda: 276 hp Transmisi: Manual Pacuan Roda: Pacuan roda hadapan  Jenis Kenderaan: Hatchback 6. Honda Civic Type R Kapasiti Enjin: 2.0 Liter Kuasa Kuda: 320 hp Transmisi: 6 kelajuan manual Pacuan Roda: Pa...

Pengalaman Membentangkan Idea Bisnes

Image
Asas Keusahawanan Inob-vasi adalah satu subjek yang diwajibkan kepada seluruh pelajar UKM. Kandungan pembelajaran daripada subjek ini adalah cara menubuhkan bisnes, inovasi pada produk dan cara memasarkan produk. Untuk subjek ini, pelajar akan dibahagikan kumpulan dalam menyelesaikan tugasan. Kami diminta untuk membina sebuah produk atau perniagaan yang mengandungi aspek inovasi padanya. Saya dan ahli kumpulan keluar dengan idea untuk membna sebuah periuk nasi yang telah diinovasikan. Ciri-ciri dan kelebihan produk boleh dilihat melalui poster grafik berikut.

Meggi Pedas Giler

Image
Hi. Harini saya nak kongsikan pendapat saya setelah makan Meggi Pedas Giler yang viral baru-baru ini. Pada pendapat saya, Meggi Pedas Giler ini memang betul-betul pedas. Jika dibandingkan dengan SamYang, Meggi Pedas Giler adalah lagi pedas. Jika ikot markah 1 sampai 10, saya beri 7 daripada 10. 

Lagu Kegemaran Saya

Image
1. Aerosmith - I Don't Want To Miss A Thing 2. Michael Learns To Rock - Take Me To Your Heart 3. We The Kings ft. Elena Coats - Sad Song 4. M2M - Pretty Boy 5. Darren Espanto - Dying Inside To Hold You 6. Linkin Park - Battle Symphony  7. Avicii - The Nights  8. Avicii - Wake Me Up  9. Boys Like Girls - Two Is Better Than One 10. John Denver - Take Me Home, Country Roads 

Pengalaman Membuat Virtual Bisnes

Image
Pada Sem 1 lepas, pelajar Fakulti Ekonomi dari jabatan Keusahawanan & Inovasi perlu mendirikan satu bisnes secara virtual atau olok-olok. Saya dan ahli kumpulan telah membina satu bisnes dobi layan diri. Bisnes tersebut dibina berdasarkan persetujuan semua ahli kumpulan yang bersetuju dan minat terhadap bisnes dobi layan diri. Hasil daripada pembelajaran ini adalah kami sebagai pelajar dapat mengambil pengalaman membuka bisnes sendiri, tahu selok-belok dalam berbisnes, dan tahu mengendalikan bisnes. Kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk dalam pembikinan sebuah bisnes seperti ini.