Hobi Di Waktu Lapang

Hobi adalah sesuatu perkara difikir menyenangkan yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran. Tujuannya adalah memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain, menonton dan sebagainya.

Ada sebahagian hobi yang tidak mengeluarkan belanja dan ada juga yang mengeluarkan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem tidak mengeluarkan belanja jika sekadar mengumpul setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila si pengumpul malas atau jemu untuk mendapatkan setem-setem terpakai dan mula membeli setem-setem yang baru. Selain Setem, memancing juga adalah satu hobi yang digemari ramai. Memancing memerlukan belanja dan ianya juga menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alatan memancing seperti joran dan umpan, bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya  adalah ikan atau hadiah pertandingan memancing jika pemancing memasuki pertandingan.

Bagi saya, hobi yang menjadi pilihan sejak dari kecil adalah memancing, menonton television, melayari internet, dan bermain badminton.





Comments

Popular posts from this blog

Minat Terhadap Silat Gayung Fatani

Kreativiti Vs Inovasi