Kreativiti Vs Inovasi



1)    Apakah berbezaan di antara kreativiti dan inovasi?
·        Daripada segi bahasa, kedua-dua terma ini mempunyai maksud dan definisinya yang tersendiri. Mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka atas talian, kreativiti bermaksud kemampuan (kebolehan) mencipta, ataupun juga dipanggil daya kreatif. Dari segi istilah pula, kreativiti adalah kebolehan atau tindakan mengeluarkan sesuatu yang asli dan luar biasa atau lain daripada lain.
·        Manakala maksud inovasi dari segi bahasa pula adalah pembaharuan, perubahan atau revolusi. Inovasi diistilahkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru.

·        Secara rumusnya, kreativiti merujuk kepada idea untuk mencipta sesuatu yang baru manakala inovasi merujuk kepada implementasi kepada sesuatu benda yang baharu tersebut. Disini dapat dilihat dua elemen ini adalah sangat berkait rapat dan saling melengkapi. 

2)    Apakah kepentingan kreativiti dan inovasi?
·        Antara kepentingan kreativiti dan inovasi adalah pada sesebuah organisasi perniagaan itu. Dengan kreativiti dan inovasi, sesebuah organisasi perniagaan itu akan terkehadapan dan maju berbanding pesaing-pesaing mereka lantas akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih tinggi dan juga mereka akan mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat.
·        Selain itu, dua elemen ini penting bagi menjamin kewujudan mereka di dalam pasaran kerana seperti sedia maklum, dunia sentiasa berubah dan organisasi ini juga perlulah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masa dunia.
·        Inovasi juga perlulah sentiasa dilakukan dan bukan hanya sekali sahaja kerana inovasi tidak akan kekal lama sebagai perkara yang terbaik.
·        Dengan kreativiti dan inovasi juga, produktiviti sesebuah perniagaan meningkat.

3)    Terdapat 4 jenis inovasi iaitu Invention, Extension, Duplication dan Synthesis.
·        Invention
Secara istilah yang dikeluarkan oleh Kamus Cambridge, invention ialah sesuatu yang belum pernah dibuat atau dicipta sebelumnya, atau proses mencipta sesuatu yang belum pernah dicipta sebelum ini. Inovasi melalui invention ini berkait dengan membawa masuk idea ini untuk dipasarkan, kemudian menukar invention kepada produk. Antara contoh invention yang paling hebat adalah internet yang menjadikan pelbagai perkara terpengaruh daripada internet ini dan boleh dikatakan dunia pasaran akan datang hanya bergantung kepada internet.
·        Extension
Extension adalah suatu strategi amalan yang digunakan untuk meningkatkan pasaran saham untuk sesuatu produk atau servis itu. Dengan demikian, pemasaran produk akan kekal berada pada fasa matang kitaran kehidupannya dan bukannya merosot. Antara contoh perniagaan yang berkait rapat dalam elemen ini adalah perniagaan yang melakukan re-packaging.  Dengan melakukan kaedah ini, entity perniagaan tersebut akan menarik lebih ramai pelanggan dan juga pelabur pada produk mereka yang tampak lebih menarik ini.
·        Duplication
Duplication adalah teknik inovasi perniagaan yang digunakan untuk memperkembangkan lagi perniagaan sesebuah organisasi perniagaan. Teknik ini berlaku dimana ianya meniru perniagaan sedia ada mereka dan mengembangkannya berdasarkan daripada hasil tiru tersebut pada tempat-tempat lain. Biasanya perniagaan yang menggunakan teknik ini adalah perniagaan makanan segera seperti McDonald, KFC, PizzaHut dan sebagainya. Mereka mengembangkan pernigaan dengan cara membuka francais-francais baharu di tempat baru dengan menggunakan idea, cara mentadbir, dan produk yang asal.
·        Synthesis
Synthesis adalah menggabungkan elemen sistematik yang dibuat untuk membentuk sesuatu tujuan yang lebih jelas secara menyeluruh. Proses ini bertujuan untuk memastikan perniagaan sentiasa stabil, bermatlamat dan maju. Ianya juga boleh dikatakan penilaian semula masalah yang telah dihadapi dan memperbaikinya secara sistematik dan kajian yang baik. Contoh perniagaan yang telah melakukan proses ini adalah Proton dimana ketika mereka menghadapi masalah kewangan dan bermacam lagi, merekan telah menjalinkan hubungan dengan Geely, syarikat automotif besar dari China, yang datang untuk membantu. Proton sedar akan kehadiran Geely dari segi kewangan dan pengaruh dimana Geely juga memiliki dan telah memajukan Volvo dan mereka percaya Geely akan menaikkan semula Proton menjadi sebuah jenama yang terkemuka di dunia kelak sebagaimana Geely telah menaikkan semula nama Volvo standing dengan jenama dari Jepun dan continental.

Comments

Popular posts from this blog

Minat Terhadap Silat Gayung Fatani