Pengalaman Menyertai Dan Mengendalikan Gerai Makanan Pada Minggu Keusahawanan Kolej
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pelangalaman saya menyertai dan mengendalikan gerai makanan pada minggu keusahawanan kolej saya iaitu Kolej Aminuddin Baki, UKM. Walaupun sudah agak lama, namun nilai-nilai kebaikan masih lagi dapat diingati oleh saya hingga hari ini.
Pada semester lepas bertarikh 23 hingga 26 Oktober 2017, saya telah menyertai minggu keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak kolej dengan membuka gerai makanan kecil-kecilan pada program tersebut. Kami yang teridiri daripada ahli-ahli biro kerohanian kolej membuka jualan makanan yang terdiri daripada kuih-muih dan juga air.
Pengalaman membuka dan mengendalikan gerai makanan telah mengajar saya bagaimana untuk membuka gerai jualan dan mengendalikannya. Antara nilai yang penting dalam bisnes kecil-kecilan ini adaah kerjasama. Kerjasama adalah penting bagi memastikan jualan berjalan dengan baik dan teratur selain mengelakkan perselisihan antara sesama rakan jualan tidak berlaku. Selain itu adalah nilai strategi. Strategi adalah amat penting dalam membina sebuah perniagaan yang baik. Dengan perancangan strategi diimbangi taktik yang berkesan dapat memajukan perniagaan dengan cepat, teratur, dan berpanjangan. Akhir sekali adalah nilai kerajinan. Kerajinan adalah satu nilai yang penting bukan sahaja dalam berniaga, tetapi seluruh aspek kehidupan. Apa-apa kerja sekalipun memerlukan nilai ini. Tanpa kerajinan, nilai buruk akan datang menimpa dari masa ke masa sama ada sedar ataupun tidak. Dibawah ini saya ada melampirkan sedikit foto-foto berkaitan program tersebut.

Comments
Post a Comment