Graduate To Entrepreneur; Dreamcatcher
Pada 15 Mac 2018
yang lalu, sebuah wacana ilmiah bertajuk “Graduate To Entrepreneur;
Dreamcatcher” telah diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Program wacna tersebut adalah anjuran daripada Pusat Citra
UKM, dibawah subjek Citra Asas Keusahawanan & Inovasi. Dr. Irma Shida Abu
Samah adalah tetamu jemputan dalam program tersebut.
Dr. Irma Shida Abu Samah adalah
seorang alumni pelajar UKM yang telah menamatkan pengajiannya dengan Ijazah
Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Kini beliau merupakan seorang usahawan dan
doktor pergigian yang berjaya. Antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah
menjadi pengasas kepada sebuah syarikat produk kecantikan dan kosmetik bernama
Irma Skincare & Cosmetics. Selain itu, beliau juga merupakan seorang
penulis sambilan untuk ruangan estetik akhbar Mingguan Malaysia yang
menceritakan tentang aspek-aspek kesihatan dan kecantikan gigi. Pada awal
kerjayanya, beliau pernah berkhidmat di sebuah hospital di Kelanyan selama 3
tahun. Kemudian, beliau telah menubuhkan kliniknya sendiri di Johor Bahru,
Johor, iaitu negeri kesayangan dan negeri kelahiran beliau. Minatnya yang
mendalam dalam bidang keusahawan dan bidang kosmetik dan penjaaan kulit sejak
kecil lagi, syarikat Irma Skincare & Cosmetics telah ditubuhkan. Tidak
cukup dengan itu lagi, kini beliau mempunyai klinik pergigiannya lagi tetapi di
Kuala Lumpur atau lebih te[at lagi di Fakulti Pergigian, UKM yang diberi nama
Irma Ariandi Dental Clinic. Sebagai pelajar jurusan keusahawanan, saya amat
kagum dengan apa yang dikecapi oleh beliau dengan menggabungkan apa yang
diminati sejak kecil dan menjadikannya sebagai kerjaya. Sumber inspirasi yang
telah menjadikan siapa Dr. Irma kini adalah neneknya sendiri. Sejak kecil lagi,
Dr. Irma memang berminat untuk menjadi doktor. Minatnya untuk menjadi doktor
dikuatkan lagi dengan gelaran yang diberikan oleh neneknya sebagai Dr. Irma
atau bakal doktor apabila beliau pulang ke kampung atau berjumpa dengan sanak
saudaranya. Sejak itu, beliau telah menanamkan azamnya untuk berusaha
bersungguh-sungguh dan gigih dalam menuntut ilmu. Malang sekali, nenek beliau
tidak sempat menyaksikan kejayaan beliau menjadi seorang doktor pergigian dan
usahawan apabila meninggal dunia lebih awal. Walau bagaimanapun, beliau
merasakan bahawa beliau telah berjaya mencapai apa yang neneknya harapkan
untuk beliau menjadi sekarang. Dr. Irma
juga bersyukur kerana telah dikurniakan nenek yang sentiasa mendorong beliau
kearah kejayaan. Selain daripada neneknya, Dato’ Dr. Rusdi juga merupakan salah
seorang yang telah memberikan inspirasi kepadanya. Sifat Dr. Rusdi yang sangat
beretika dalam pekerjaan menarik minat Dr. Irma untuk menjadikannya sebagai
idola dan ikon. Antara contoh sifat Dr. Rosdi yang menarik minat beliau adalah
Dr. Rosdi sangat bertanggungjawab terhadap pesakit-pesakitnya. Beliau
meletakkan pesakitnya sebagai keutamaan serta hormat dan merawat pesakitnya
denga penuh kasih sayang. Hal ini yang menjadikan Dr. Rosdi sebagai idola
kepadanya.
Sekiranya saya adalah CEO kepada
syarikat Irma Ariandi Enterprise atau Irma Ariandi Global Sdn Bhd, antara
penambahbaikan dan inovasi yang saya akan lakukan adalah yang pertama sekali
saya akan mempromosikan dengan lebih serius lagi produk-produk syarikat kepada
masyarakat bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Dengan melakukan
perkara sebegini, nama syarikat akan lebih dikenali umum seterusnya akan
meningkatkan jualan kepada produk-produk yang dipasarkan. Selain itu, menjaga
hubungan dengan pelanggan juga adalah aspek yang sangat penting bagi mana-mana
dan apa-apa jenis syarikat sekalipun. Hal ini bagi menjamin pelanggan tetap dan
menambah lagi bilangan pelanggan sedia ada. Antara cara yang boleh dilakukan
untuk menjalinkan hubungan dengan pelanggan adalah dengan bertanya dan ambil
tahu tentang masalah pelanggan. Maklum balas pelanggan kepada syarikat dan
produk juga penting dalam menghasilkan hubungan yang utuh antara kedua-duanya.
Maklum balas boleh dijalankan dengan pelbagai cara dan antara yang kreatif dan
inovatif yang boleh dijalankan adalah dengan membina satu aplikasi di pelantar
telefon bimbit atau komputer dimana aplikasi ini akan bertindak balas kepada
pelanggan daripada syarikat dan sebaliknya. Namun, ciri ini hanyalah ciri
sampingan sahaja disebalik tujuan utama aplikasi untuk menjual dan membeli
produk secara atas talian bagi menjamin pelanggan yang memuat turun aplikasi
itu terus meningkat dan tidak bosan dengannya.
Comments
Post a Comment