Analisis Kepada Filem The God Must Be Crazy
Pada entri kali ini, saya ingi berkongsikan serba sedikit analisis yang dapat saya buat pada salah satu filem kegemaran saya iaitu The God Must Be Crazy. Filem ini telah banyak memberi pengajaran kepada saya walaupun filem tersebut bergenre kelakar.
Manusia
merupakan suatu makhluk yang mempunyai akal dan budi. Seorang ilmuan, Foster
menyebut Aristotle telah membuat tanggapan bahawa manusia sebagai objek yang
selalu bertindak untuk mencari kebahagiaan. Ini bermakna manusia sentiasa
berusaha mencari sesuatu yang boleh memenuhi keperluan mereka dan dalam konteks
perbincangan ini, penyelidik menganggap bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk
terus berusaha mengatasi halangan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam konteks
geografi, manusia selalu dirujuk sebagai manusia geografi (Human Geography).
Boehm menyebut bahawa manusia geografi merupakan manusia yang menumpukan aspek-aspek
persekitaran, kebudayaan, aktiviti ekonomi dan hubungan sosial kelompok
manusia. Ballard (1998) menyatakan bahawa semangat menjelajah adalah sebahagian
daripada sifat manusia dan setiap manusia itu merupakan penjelajah. Ini
membuktikan bahawa manusia sentiasa menjelajah dan meneroka untuk mencari
jawapan terhadap halangan-halangan persekitaran fizikal dengan tujuan dapat
memanfaatkannya.
Alam
merupakan terjemahan dari "nature", yang berasal dari kata Latin
natura. Natura adalah terjemahan Latin dari kata Yunani physis, yang awalnya
terkait dengan ciri-ciri bawaan yang dimiliki tanaman, haiwan, dan berbagai hidupan
lain di dunia. Konsep alam atau lebih tepat, alam semesta fisik, secara
keseluruhannya ialah merupakan pengembangan konsep aslinya, dimulai dari penerapan
kata Yunani physis oleh falsafah pra-Socrates, dan kemudiannya terus berkembang
dalam mencari maksud alam yang sebenar. Berkaitan dengan geologi dan kehidupan,
alam mungkin ditafsirkan secara umum kepada pelbagai benda bukan hidup, ke
proses yang berhubungan dengan benda hidup. Mengenai keberadaan jenis-jenis
tertentu suatu benda dan bagaimana mereka berubah dengan sendirinya, seperti
cuaca dan geologi dan dari mana semua hal-hal tersebut tersusun daripadanya
atau boleh juga ditafsirkan sebagai sains. Ianya diertikan sebagai
"lingkungan alam" atau haiwan, batu, hutan, pantai, dan secara umum
hal-hal yang belum diubah oleh manusia sama ada sedikit atau banyak, atau yang bertahan
meskipun ada berkaitan dengan manusia. Sebagai, contoh, objek yang dibuat oleh
manusia tidak dipanggil sebagai sebahagian dari alam kerana adanya intervasi
atau tidak secara semula jadi.
Budaya
atau kebudayaan berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan
kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara
amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam
pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan
oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi" yang bukan
diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan
disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colere yang
bermaksud menanam atau mengerjakan. Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat
dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski,
segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait
atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.
Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinisme atau penentuan
budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini
disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
Daripada
apa yang dapat ditafsirkan secara keseluruhannya, filem “The God Must Be Crazy”
sedikit sebanyak berkaitan dan mengajar kita tentang alam, manusia dan budaya.
Filem tersebut menceritakan perbandingan dua jenis masyarakat yang jauh berbeza
iaitu antara masyarakat “Bushmen”, penduduk gurun Kalahari, dan juga masyarakat
bandar moden daripada lepasan penjajahan di Afrika. Filem ini bermula dengan
menunjukkan perbezaan ketara diantara budaya primitive daripada masyarakat
Bushmen dan juga budaya teknologi moden didalam dunia moden sekarang. Budaya
masyarakat Bushmen yang masih belum maju dan terpengaruh dengan dunia luar
menganggap gurun Kalahari sebaga rumah mereka dan kehidupan disana yang tiada
undang-undang, keganasan ataupun kekacauan. Kehidupan mereka yang ringkas dan
tidak rumit berjajaran terhadap kerumitan dan keterburuan dunia moden dengan
datangnya botol Coca-Cola. Dengan hadirnya objek atau benda moden yang tidak
dapat diterima dan difahami oleh masyarakat tersebut, pelbagai perselisihan,
iri hati dan konflik yang mula ada diantara diri sesame masyarakat Bushmen itu.
Daripada apa yang dapat dilihat disini, masayarakat yang mundur yang terpisah
dari dunia luar mempunyai fikiran yang agak sempit yang tidak boleh dicampur
dengan dunia moden secara terus atau mengejut yang akn kemudianya mencetuskan
huru-hara.
Xi
merupakan seorang ketua kampung. Melihat kepada perpecahan dan perkara negative
yang berlaku diantara penduduknya, dia menganggap botol tersebut membawa bala
dan berusaha untuk membuang botol tersebut jauh dari kawasan mereka.
Dari
perspektif sosiologi, file mini membicarakan atau menunjukkan akibat daripada
kemajuan teknologi iaitu “modernism”. Apabila Xi mula berjumpa dengan “Western
modernism”, dia tidak berfikir dan menyangka dengan apa-apa makna teknologi
lagi. Dia tidak kenal atau tahu apa itu botol Coca-Cola. Adakah alat muzik,
senjata atau batu jatuh dari langit? Ini dapat dikatakan bahawa impak teknologi
yang sangat jauh maju dan berbeza daripada batas pemikiran orang mundur.
Pelbagai lagi babak yang dapat dikaitkan dengan teknologi ini sepeti lainya
ialah babak diamana jeep yang tergantung di pokok dan ada juga babak yang
menunjukkan sebaliknya iaitu kesan teknologi terhadap orang bandar dimana
wartawan perempuan yang tidak tahu tentang pokok yang berduri.
Filem ini
juga mengajar serba sedikit tentang tafsiran komunisme. Boca iaitu seorang yang
mengambil bahagian terhadap penentangan Congo ke neo-kolonisme barat, merupakan
watak antagonist dalam file mini. Satu info menrik tentang filem ini, ianya
telah ditayangkan pada kemuncak perang dingin dimana Afrika Selatan telah
terlibat dengan dasar apartheid. Walaupun komunis seperti Che Guevera atau
watak Boca bersesetuju dengan apa yang ditunjukkan Xi kerana kekayaan harus
dikongsi sesama masyarakat, panaklukan kejam apartheid dilihat dapat
dikurangkan melalui filem The God Must Be Crazy ini.
Selain
itu, dalam filem ini juga menunjukkan perbezaan dalam aspek pemburuan diantara
orang moden bandar dan juga orang Bushmen. Dapat dilihat disini, orang Bushmen
sangat menghormati dan menghargai alam. Mereka memburu dalam jumlah yang
sedikit dan selepas memburu, mereka akan meminta sesuatu dengan alam sebagai
tandanya memburu. Berbeza dengan orang moden bandar, mereka memburu dalam
jumlah yang banyak sama ada haiwan mahupun tumbuhan. Dan tujuan pemburuan
mereka bukan lah untuk keperluan asas mereka sahaja bahkan juga untuk domestic
dan dijual diseluruh dunia contohnya bulu haiwan dan kayu balak. Disini dapat
dilihat kesan daripada sistem modenisasi dan ekonomi yang memerlukan manusia
mencari duit dalam apa segala cara berbaza dengan sistem yang ringkas dalam
kalangan orang- orang Bushmen.
Kehidupan
mereka yang duduk secara kelompok kecil juga mengurangkan terjadinya proses
atau evolusi perbandaran. Jika dilihat dari awal proses pemodenan dulu,
terjadinya bandar adalah kerana perpindahan beramai-ramai orang petani kampung
ke bandar yang seterusnya menjadikannya lebih maju dan kompleks.
Sebagai
kesimpulan, filem ini sangat memberi pengajaran terutama dalam bilang alam,
manusia dan budaya ini hasil daripada apa yang ditunjukkan. Pengaruh besar
daripada modenisasi yang dimulakan di Britain telah mengubah keseluruhan
daripada corak dunia seperti teknologi, pemerintahan, ekonomi dan pelbagai
lagi. Apa yang dapat diambil disini ialah, alam, manusia dan budaya adalah tiga
perkara yang saling mempengaruhi dan bergantungan.
Hi, can i ask? Did you found any three of the philosophies from this movie?
ReplyDelete