Pengalaman Daripada Program UKM World Art Festival 2
UKM World Art Festival 2 merupakan program yang berkesinambungan
daripada program UKM World Art Festival yang diadakan pada tahun 2015. UKM
World Art Festival Kali Ke-2 ini telah diadakan pada 18 November 2017 bertempat
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbeza
dengan festival yang pertama, festival kedua ini telah menarik dan menjemput
lebih banyak negara berbanding dengan festival pertama. Sebagai pengenalan, UKM
World Art Festival 2 ini adalah festival kesenian dunia kedua yang dianjurkan oleh
Urusetia ARTISUKMA, UKM dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan
Malaysia dengan penglibatan peserta dari seluruh pelusuk dunia seperti Malaysia
sendiri, Jepun, Mexico, Kazakhstan, Mozambique, Thailand, Filipina dan China .
Festival ini adalah berkonsepkan bengkel dan persembahan dari negara-negara
yang turut serta. Keunikan pada setiap kesenian negara dapat dilihat dengan
adanya persembahan yang berlainan dan mencabar daripada kebiasaan tradisi rakyat
Malaysia. Festival Kesenian Dunia UKM kali ini memberi penekanan untuk
memperkenalkan kepada masyarakat dan pelajar UKM terutamanya terhadap
kepelbagaian budaya dan kesenian yang ada diseluruh dunia disamping memberikan
pengalaman menguruskan program bertaraf antarabangsa kepada pelajar,
bersesuaian dengan visi UKM untuk melahirkan siswazah beraspirasi kebangsaan,
kompeten, berdaya saing dan inovatif.
Program ini dilaksanakan bersandarkan kepada tiga teras objektif
iaitu yang pertama, menerapkan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan dikalangan
para pelajar supaya dapat mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni dan
budaya bangsa. Dalam festival tersebut, objektif ini dapat ditunjukkan melalui
persembahan-persembahan seni dari pelbagai bangsa terutamanya dari Malaysia
yang memukau dan menghadirkan perasaan bangga akan negara di dalam diri
masyarakat dan pelajar. Objektif yang seterusnya adalah mengadakan platform
untuk bertukar-tukar ilmu di antara pencinta seni serata dunia dengan warga
kampus untuk mencari kesefahaman dan kesatuan melalui aktiviti kesenian.
Melalui persembahan-persembahan dan penerangan budaya dari setiap budaya yang
menyertai, perkongsian ilmu antara budaya secara tidak langsung telah berlaku.
Jurang dan pemisah antara pelajar tempatan dan juga pelajar antarabangsa di
kampus akan berkurang dengan adanya perkongsian ilmu ini dimana setiap pelajar
akan lebih menghormati antara satu sama lain. Objektif yang terakhir ialah
mempamerkan bakat-bakat kesenian di kalangan pelajar UKM dan delegasi
antarabangsa yang dapat membantu memartabatkan seni Negara. Budaya sesuatu
negara itu juga akan berkembang dan lebih dikenali dunia dengan ada program
seperti ini dimana setiap delegasi akan diperkenalkan dengan budaya dari
pelbagai negara berbeza. Daripada ketiga-tiga objektif tersebut, saya melihat
program ini telah mencapai matlamatnya secara keseluruhan.
Untuk makluman yang lebih terperinci, program ini telah diadakan
pada 18 November 2018 bermula jam 8 malam di Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman.
Anjuran festival ini adalah hasil kerjasama daripada pihak Urusetia ARTISUKMA,
UKM bersama Pusat Kebudayaan Universiti, UKM dan juga dengan kerjasama Majlis
Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Tema untuk program UKM World
Art Festival 2 ini adalah “Celebrate Culture & Diversity One World” yang
membawa maksud meraikan budaya & kepelbagaian dunia.
Program UKM World Art Festival 2 telah membawa pelbagai faedah dan
kebaikan secara langsung mahupun tidak. Antara faedah yang dapat diambil
daripada program ini adalah memupuk semangat hormat menghormati antara satu
sama lain. Nilai menghormati antara budaya yang berbeza adalah salah satu
kebaikan yang paling penting hasil daripada program ini. Selain itu, masyarakat
dan pelajar juga dapat menganali antara satu sama lain walaupun berbeza agama,
bangsa atau negara. Nilai ini merupakan nilai yang paling signifikan dimana
tujuan program ini itu sendiri yang ingin mengembangkan budaya-budaya dari
pelbagai negara. Hasilnya adalah pendedahan masyarakat terutamanya pelajar
kepada budaya-budaya baru dari negara tersebut. Festival ini juga telah membawa
kebaikan dari segi pengalaman kepada pelajar-pelajar terlibat. Pengalaman
mengendalikan majlis bertaraf antarabangsa ini pastinya bernilai kepada pelajar
untuk digunakan pada masa hadapan.
Walaubagaimanapun, beberapa kekurangan dapat dilihat di dalam
program ini. Majoroti penonton yang hadir boleh dikatakan hampir keseluruhan
adalah dari Malaysia sahaja dan bukan dari negara-negara yang membuat
persembahan atau negara-negara lain. Perkara ini perlulah dibaiki dengan
menjemput penonton dari pelbagai negara termasuk negara yang terlibat.
Seterusnya, program bertaraf antarabangsa ini tidak dihadiri oleh orang
kenamaan yang berkaitan. Pihak penganjur seharusnya menjemput tetamu kehormat
yang signifikan dengan program ini seperti menteri pelancongan dan kebudayaan
Malaysia dan luar negara untuk majlis atau program yang sebesar ini pada masa
akan datang. Akhir sekali, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dari
sudut aktiviti yang dijalankan. Selain daripada persembahan dan pembentangan
dari peserta, pameran booth juga dapat membantu menerangkan kepada hadirin
sesuatu budaya itu disamping mereka juga boleh melakukan penjualan cenderamata
yang secara tidak lansung membantu ekonomi masing-masing.
Sebagai penutup, program ini telah memberi pelbagai manfaat kepada
masyarakat di seluruh dunia. Dorongan dari masyarakat dan kerajaan dari segi
kewangan dan promosi menjadi tulang belakang kepada program ini. Secara
peribadi, saya menyokong penuh program-program seperti ini dan berharap program
ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dengan penambahbaikan yang
dilakukan.
Comments
Post a Comment