The Shades
The Shades adalah sebuah filem pendek hasil karya daripada beberapa pelajar ASASIpintar, UKM termasuk juga saya. Tujuan asal pembikinan filem ini pada asalnya hanyalah untuk menyempurnakan tugasan "Creative Project" daripada subjek Language & Literary Appreciation PNAP0173.
Diinspirasikan daripada cerita pendek bertajuk The Independence Day karya karyawan Indonesia, Pramoedya Ananta Toer. The Shades menggabungkan tema perubahan sosial dan patriotisma dengan tema ketidaksetiaan dan keadilan moral.
Karya ini telah memenangi anugerah "People's Choice" semasa ditayangkan pada hari anugrah ASASIpintar Movie Premiere 2017 yang berlangsung di Auditorium Pusat Permata Pintar Negara, UKM pada 25 Februari 2017.
Comments
Post a Comment