Posts

Showing posts from February, 2018

Mendaki Bukit Jugra Bersama Sahabat

Image
Pada tahun lepas bertarikh 28 Oktober 2017, saya dan sahabat rapat bersama-sama mendaki Bukit Jugra yang terletak di Banting, Selangor. Kepayahan mendaki bukit tersebut adalah pengalaman manis bagi saya dimana kami semua bersama tolong antara satu sama lain bagi mencapai puncak bukit tersebut. Selain mendaki, kami juga berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu tentang agama sesama kami bagi mengikuhkan lagi ukhwah dan sillaturrahim antara kami. Dibawah ini saya ada melampirkan sedikit foto-foto semasa disana.

Pengalaman Daripada Program UKM World Art Festival 2

Image
UKM World Art Festival 2 merupakan program yang berkesinambungan daripada program UKM World Art Festival yang diadakan pada tahun 2015. UKM World Art Festival Kali Ke-2 ini telah diadakan pada 18 November 2017 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbeza dengan festival yang pertama, festival kedua ini telah menarik dan menjemput lebih banyak negara berbanding dengan festival pertama. Sebagai pengenalan, UKM World Art Festival 2 ini adalah festival kesenian dunia kedua yang dianjurkan oleh Urusetia ARTISUKMA, UKM dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan penglibatan peserta dari seluruh pelusuk dunia seperti Malaysia sendiri, Jepun, Mexico, Kazakhstan, Mozambique, Thailand, Filipina dan China . Festival ini adalah berkonsepkan bengkel dan persembahan dari negara-negara yang turut serta. Keunikan pada setiap kesenian negara dapat dilihat dengan adanya persembahan yang berlainan dan mencabar daripada kebiasaan t...

Minat Terhadap Silat Gayung Fatani

Image
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah sebuah universiti awam yang terdapat di Malaysia. Universiti ini dibina daripada desakan rakyat untuk keperluan pendidikan tinggi orang-orang Melayu ketika itu. Ianya telah dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini. Pada 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan. Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Dalam perbincangan tersebut juga ada disentuh mengenai penubuhan universiti Islam. Hasilnya, sebuah universiti yang berteraskan kebangsaan dan Islam telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 18 Mei 197...

Motosikal Pertama

Image
Semasa menuntut di UKM, ayah telah menghadiahkan aku sebuah motosikal berjenama Yamaha. Aku sangat bersyukur bila dihadiahkan motosikal. Walaupun tidak seberapa, tetapi motosikal itu telah banyak berbudi kepada aku. Aku gunakan motosikal itu untuk ke kelas, masjid, kedai dan bermacam tempat lagi. Inilah motosikal kesayanganku 

The Shades

Image
The Shades adalah sebuah filem pendek hasil karya daripada beberapa pelajar ASASIpintar, UKM termasuk juga saya. Tujuan asal pembikinan filem ini pada asalnya hanyalah untuk menyempurnakan tugasan "Creative Project" daripada subjek Language & Literary Appreciation PNAP0173.  Diinspirasikan daripada cerita pendek bertajuk The Independence Day karya karyawan Indonesia,  Pramo edya Ananta Toer. The Shades menggabungkan tema perubahan sosial dan patriotisma dengan tema ketidaksetiaan dan keadilan moral. Karya ini telah memenangi anugerah "People's Choice" semasa ditayangkan pada hari anugrah ASASIpintar Movie Premiere 2017 yang berlangsung di Auditorium Pusat Permata Pintar Negara, UKM pada 25 Februari 2017.

Kereta Eletrik; Top Kereta Eletrik Paling Laju Di Dunia

Image
5.   Aston Martin RapidE Selepas 2 tahun sebagai kereta konsep, Astn Martin akhirnya mengeluarkan kenyataan untuk membuat RapidE secara komersil. RapidE menggunakan motor eletrik penuh dengan kelajuan mencapai 250km/j. Produksi kereta tersebut dijangka bermula pada 2019 dengan hanya mengeluarkan unit sebanyak 155 sahaja.  4.  Genovation GXE Dibangunkan daripada sebuah syarikat permotoran kecil dari Maryland, Amerika, syarikat ini telah berjaya membina sebuah kenderaan eletrik berkuasa penuh. Menggunakan asas badan daripada Corvette jenerasi ke-6, kereta tersebut mampu mencapai kelajuan sehingga 336km/j. 3. Nio EP9 Syarikat brpengkalan di China ini telah membina sebuah kereta eletrik yang dikatakan terpantas didunia apabila dilancarkan secara rasmi kelak. Dengan rangka badan yang sangat dinamik, output kuasa kuda yang dapat dihasilkan bagi kereta ini adalah sekitar 1341bhp. Kereta ini dikatakan telah mencapai kelajuan 312km/j pada sesi uji...

UKM

Image
Pada entri ini, saya berminat untuk menceritakan serba sedikit mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu universiti yang sedang saya duduki. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia. Ianya ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus induknya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor setelah beberapa tahun penubuhan universiti ini. Antara kampus lainnya adalah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah lagi kampus juga di Kuala Lumpur.  Sejarah Penubuhan Pada tahun 1930-an, cendekiawan dan ahli-ahli politik bangsa Melayu mula mendesak Kerajaan British iaitu kerajaan yang memerintah Tanah Melayu ketika itu untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Pada tahun 1963, seminar bahasa dan sastera telah diadakan. Hasil seminar ini mahukan universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan. Selain bercorak...

Introduksi

Image
Introduksi Blog Tujuan Tujuan blog ini ditulis adalah sekadar memenuhi masa lapang disamping berkongsi kisah, pengalaman, dan pendapat hidup saya sebagai seorang manusia biasa. Kandungan Kandungan blog ini tidak tertumpu pada satu-satu topik sahaja. Terdiri daripada pelbagai aspek dan topik termasuk politik, agama, minat dan hobi, pengembaraan dan bermacam-macam lagi. Biodata Penulis Nama: Irfan Aiman Asal: Selangor, Malaysia Pendidikan: Sedang mengambil pendidikan dalam bidang keusahawanan di UKM, Malaysia. Hobi: Melayari internet Minat: Minat kepada dunia permotoran